Melayu Raya Hubungan Indonesia–Malaysia

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Tuanku Abdul Halim dari Kedah bersama isteri mereka di Istana Merdeka, Jakarta, 4 Disember 2012.

Konsep 'Melayu Raya' atau 'Nusantara' telah wujud pada zaman Srivijaya dan Majapahit lagi. Kerajaan Srivijaya yang terletak di Palembang, Sumatera telah menguasai sebahagian Tanah Melayu. Kerajaan Majapahit yang terletak di pulau Jawa juga pernah menguasai wilayah yang sama. Kesultanan Melayu Melaka dari 1402 hingga 1511 juga pernah menguasai Tanah Melayu dan menjangkau ke pantai Sumatera.

Konsep Kepulauan Melayu telah wujud sejak zaman-berzaman. Selain itu, istilah Nusantara merujuk kepada wilayah yang sama. Kepulauan Melayu lebih merujuk kepada persamaan budaya dan geografi yang meliputi Indonesia, selatan Filipina, Brunei, Malaysia dan Singapura.

Beberapa pemimpin di Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boestamam dan Ishak Mohamad memang mahu bergabung dengan Indonesia bagi mendapatkan kemerdekaan segera sebagaimana India pada tahun 1945. Rundingan telah dijalankan antara Sukarno dengan Ibrahim Yaakob dan lain-lain agar negara 'Melayu raya' atau 'Indonesia raya' ditubuhkan dan kemerdekaan diumumkan serentak pada 1945 itu. Tetapi disebabkan pemimpin tersebut tidak mempunyai pengaruh dengan para Sultan yang memerintah Tanah Melayu, rancangan tersebut terbiar begitu sahaja. Indonesia pula mengambil peluang mengistiharkan kemerdekaan sebelum pihak Belanda sempat kembali mengukuhkan kedudukan mereka, di bawah pimpinan Sukarno yang karismatik.

Rujukan

WikiPedia: Hubungan Indonesia–Malaysia http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://malindokini.wordpress.com/2008/07/09/malays... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/12/ri-ready-... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/6/13/msian-emb... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/7/8/ri-kl-agre... http://www.antara.co.id/en/arc/2008/8/25/indonesia...